Ps. P.U. 4/90
PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KARIAH 1990




Peraturan 18. Mesyuarat Agung Tahunan.

(1) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan setahun sekali di antara bulan Februari hingga bulan Mac tiap-tiap tahun.

(2) Penyata kira-kira wang dalam masa setahun yang berlalu berakhir pada 31 haribulan Disember, yang telah disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira dan Laporan perjalanan Jawatankuasa hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dihantar kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam untuk disahkan.

(3) Mesyuarat Agung Tahunan berkuasa melantik dan merasmikan perlantikan ahli-ahli Jawatankuasa yang dipilih menurut Peraturan 12(3).

(4) Minis Mesyuarat Agung Tahunan dan minit Mesyuarat Agung Luar Biasa hendaklah diedarkan kepada Majlis dengan seberapa segera.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.