Ps. P.U. 4/90 PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KARIAH 1990
Peraturan 6. Tanggungjawab-tanggungjawab dan tugas-tugas Jawatankuasa.
Jawatankuasa hendaklah bertanggungjawab-
(a) Mendokong, menjaga dan memperkuatkan Agama Islam Sunnah Wal Jamaah seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis dan diamalkan.
(b) Menjaga perjalanan yang betul dan mengadakan atauran-aturan yang baik bagi masjid dan kariahnya dan bagi semua tanah perkuburan orang-orang Islam di dalam kawasan kariahnya;
(c) Menjaga kesopanan dan kesusilaan anak-anak kariah dalam perkara-perkara yang bersabit dengan Agama Islam;
(d) Memberikan maklumat yang sewajarnya dengan seberapa segera yang boleh kepada Majlis berkenaan dengan segala perkara-perkara yang berlaku di dalam kariah itu dan yang memerlukan pandangan, perhatian atau tindakan Majlis;
(e) Memberitahu Majlis apabila didapati ada kekosongan atau di jangka akan terjadi kekosongan jawatan Pegawai Masjid dalam kariah dan hendaklah mengesyorkan nama-nama calon yang layak dipertimbangkan untuk mengisi kekosongan itu;
(f) bertanggungjawab menyelenggara dan menjaga surau-surau di dalam kariah masjid;
(g) mengutip derma khairat untuk masjid-masjid dan surau-surau tertakluk kepada kebenaran bertulis daripada Masjid dan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan pungutan derma.
(h) melarang sebarang pembinaan di atas tanah-tanah wakaf dan kubur orang-orang Islam melainkan pembinaan itu adalah dibuat dengan kebenaran bertulis daripada Majlis.
(i) memberitahu Majlis dengan seberapa segera yang boleh apa-apa perbuatan yang melanggar undang-undang yang dilakukan ke atas tanah-tanah wakaf atau kubur;
(j) memberitahu Majlis akan apa-apa kelakuan yang tidak diingini atau apa-apa yang menyalahi aturan atau arahan-arahan Majlis;
(k) menyampaikan maklumat dengan seberapa segera kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis akan apa-apa kejadian yang melanggar Undang-undang ini;
(l) melaksanakan dan membantu pelaksanaan mana-mana arahan yang diberi oleh Majlis dan apa-apa syarat atau peraturan yang dibuat di bawah Undang-undang ini;
(m) mengawal syarahan-syarahan agama dan guru-guru agama di jalankan sesuatu tugas yang penting;
(o) menjalankan daya usaha untuk memperbaiki dan mengukuhkan masyarakat orang-orang Islam dalam kariah, di samping meninggikan taraf hidup dan ekonomi mereka.