Ps. P.U. 4/96
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1995
BAHAGIAN IV - PROSIDING TATATERTIB




Seksyen 17. Siasatan.

(1) Setelah Pengerusi Jawatankuasa menerima sesuatu aduan itu dia hendaklah menyebabkan suatu mesyuarat jawatankuasa diadakan.

(2) Tiap-tiap siasatan oleh Jawatankuasa hendaklah dijalankan secara dan setakat yang difikirkan adil dan munasabah menurut budi bicara mutlaknya dengan syarat bahawa sebelum ia menentukan bahawa siasatan hendaklah diadakan, ia hendaklah-
(3) Apabila siasatan telah selesai, Jawatankuasa hendaklah memberi suatu laporan tentang pendapatnya kepada Majlis; dan hendaklah juga membuat perakuannya sama ada Peguam Syarie berkenaan adalah bersalah atau tidak atas kesalahan yang diadukan itu.

(4) Jika Jawatankuasa membuat perakuan bahawa Peguam Syarie berkenaan didapati bersalah atas kesalahan yang diadukan itu, Jawatankuasa hendaklah juga membuat perakuan mengenai hukuman yang patut dikenakan ke atas Peguam Syarie tersebut.

(5) Tertakluk kepada Kaedah-kaedah ini, Jawatankuasa adalah berkuasa untuk mengawalselia prosedurnya sendiri berhubungan dengan perjalanan siasatannya ke atas apa-apa aduan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.