Ps. P.U. 4/90
PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KARIAH 1990
PERKARA-PERKARA AM




Peraturan 22. Peraturan-peraturan bagi sesuatu kariah.

(1) Berdasarkan kepada Peraturan-peraturan ini, kariah-kariah boleh membuat peraturan-peraturannya sendiri yang sesuai dengan keadaan kariah masing-masing.

(2) Dua salinan peraturan-peraturan yang dibuat itu hendaklah diedarkan kepada Majlis untuk kelulusan. Satu salinan akan dikembalikan kepada kariah yang berkenaan selepas peraturan-peraturan itu mendapat kelulusan daripada Majlis.

(3) Sebarang pindaan atau tambahan kepada peraturan yang dibuat oleh kariah itu hendaklah diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa, dengan undian dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. Pindaan atau tambahan kepada peraturan itu akan berkuatkuasa setelah mendapat kelulusan daripada Majlis.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.