Ps. P.U. 4/96 KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1995 BAHAGIAN II - PENUBUHAN JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE
Seksyen 7. Fungsi Jawatankuasa.
Fungsi Jawatankuasa adalah-
(a) Untuk membuat perakuan kepada Majlis mengenai kelayakan mana-mana orang yang memohon untuk dilantik sebagai Peguam Syarie oleh Majlis;
(b) Untuk membuat perakuan kepada Majlis sama ada nama mana-mana Peguam Syarie itu harus digugurkan daripada Daftar Peguam Syarie atau mana-mana Peguam Syarie itu digantung dari menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau diberi amaran; dan
(c) Untuk menjalankan lain-lain fungsi yang bersampingan dengan fungsi yang disebutkan di bawah paragraf (a) dan (b).