ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990
5/1990
BahagianBAHAGIAN II PERKAHWINAN
Bab

Seksyen7 - Orang-orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan.

(1) Sesuatu nikah itu hanya boleh diakadkan mengikut Hukum Syarak oleh jurunikah di tempat nikah itu diadakan.


(2) Sesuatu nikah itu hendaklah dengan kebenaran Pendaftar di daerahnya dan dilakukan nikah itu di hadapan jurunikah.

(3) Seseorang jurunikah boleh mengakadnikah dengan permintaan wali perempuan yang hendak dinikahkan itu mengikut mana-mana kaedah menjalankan kerja-kerja Nikah, Cerai dan Rujuk Orang-orang Islam.

(4) Jurunikah-jurunikah boleh mengakadnikahkan seseorang perempuan yang tiada berwali mengikut mana-mana kaedah menjalankan kerja-kerja Nikah, Cerai dan Rujuk Orang-orang Islam.

(5) Jika seseorang wali bagi perempuan yang akan dinikahkan itu enggan mewalikan atau enggan memberi kebenaran tanpa sebab-sebab yang diluluskan oleh Hukum Syarak, maka hendaklah jurunikah kawasannya merujukkan perkara itu kepada Pendaftar daerahnya bagi keputusan.

(6) Jika sesuatu perkahwinan itu melibatkan seseorang perempuan yang tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan oleh Wali Hakim.




EmelSimpanCetak


Tutup